Selamat Datang ke Blog Penang Tourism

Thursday, February 28, 2013

BUAH PALA

penang tourism | 6:27 AM | 0Comments |
Salam,

Kalau datang ke Penang tak sah rasanya kalau tak beli jeruk kan, nak-nak jeruk buah2an. Macam da jadi 1 trade mark bagi Penang je jeruk tu.yang paling sinonim dengan penang nie jeruk buah pala.sebab kebanyakkan buah pala yang dibuat jeruk nie dikatakan dihasilkan oleh masyarakat tempatan dan dari dusun yang terletak dibalik pulau


Buah pala  ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.




 



 jeruk buah-buahan  yang banyak terdapat di pulau pinang.
 













Wednesday, February 27, 2013

BUKIT BENDERA @PENANG HILL

penang tourism | 9:17 AM | 0Comments |

                                                         Bukit Bendera pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa InggerisPenang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.




 KERETAPI BUKIT BENDERA 1906-1923            KERETAPI 2010

Keretapi Bukit Bendera adalah satu bahagian funikular keretapi yang mendaki Penang Hill dari Air Itam, berhampiran George Town di pulau Pulau Pinang di Malaysia. Jumlah Perjalanan mengambil masa kira-kira 10-20 minit. Keretapi boleh berhenti di stesen perantaraan lain atas permintaan.
Pembinaan keretapi berlaku antara 1906-1923, pada kos sebanyak 1.5 juta Straits dolar. Keretapi itu dibuka kepada orang ramai pada 21 Oktober 1923. Kereta baru telah disediakan pada tahun 1977.
Dari Februari 2010 sehingga April 25, 2011, keretapi telah ditutup ketika sedang dinaik taraf dan untuk kereta baru perlu dibeli untuk meningkatkan kapasiti penumpang dan kelajuan kereta api. Keretapi baru dan keretapi semasa, tidak seperti keretapi sebelum 2010, tidak memerlukan penumpang menukar kereta api di tengah-tengah sehingga. Penumpang mempunyai non-stop perkhidmatan kereta di udara dingin. Biru, berhawa dingin buatan Switzerland jurulatih, mampu mengangkut sehingga 100 penumpang pada satu pergi, menjalankan setiap setengah jam 6:30-21:00 setiap hari.

Tuesday, February 26, 2013

TAMAN RAMA-RAMA PULAU PINANG

penang tourism | 9:35 AM | 1Comments |

Terletak di utara Pulau Pinang iaitu di Teluk Bahang,
Taman Rama-Rama adalah satu tempat yang wajib dikunjungi
jika pengunjung datang ke Pulau Pinang.

Penang Butterfly Farm
Jalan Teluk Bahang,
Pulau Pinang. Dibuka 365
hari, 9:00am-5:30pm
www.butterfly-insect.com










Taman ini diiktiraf sebagai Taman Rama-Rama Tropika yang pertama di dunia.
Taman ini mengandungi ribuan rama-rama yang mempunyai 5o spesies yang berbeza.
Tempat ini juga menempatkan pelbagai jenis serangga seperti kala jengking,kumbang
dan banyak lagi. Mempunya makmal tempat penetasan rama-rama,ruang pameran,kolam ikan,air terjun dan tempat membeli cenderamata. Bayaran masuk dikenakan
RM18 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.


Bagi yang geli dengan rama-rama, face your fear. Rama-rama sungguh friendly dan mendamaikan hati bila ia singgah di tapak tangan kalian.
 





 Selain rama-rama , Taman Rama-Rama ini juga memelihara binatang seperti ular
serangga Daun dan ikan.

Kolam ikan

serangga daun

Ular
Serangga yang menyerupai muka manusia


Serangga daun yang agak sukar ditemui
bentukknya seakan-akan daun hidup.
Iguana

 




















Street Art In Georgetown

penang tourism | 1:28 AM | 0Comments |
Seni Jalanan Georgetown


Dikenali sebagai "street art Georgetown" , tempat ini sesuai dijadikan sebagai
satu destinasi yang amat menarik jika anda berkunjung ke pulau mutiara ini.

pengunjung boleh melihat keunikan dinding-dinding yang di cat yang menceritakan
tentang kehidupan di bandar ini.

Antara seni yang terdapat di sini:

Kanak-kanak menunggang Motor ,(Ah Quee street)

Seni yang menceritakan dimana pereka kasut Jimmy choo bermula di bandar ini (Muntri street)

Canon street

Pelukis terompah kayu terkenal ,En Ng Chai Tiam (Armenian Street art cafe)
"kanak-kanak diatas perahu"Chew Jety
"Budak kecil Menunggang Basikal"(Mural Armenian street)
Budak Lelaki bersama Haiwan peliharaan "Dinosour" (Ah Quee street)
"Saya perlukan Tangga" (Muntri street)
"Lembu dan si kucing" (Malay street)




Datang ke sini jangan lupa bawa kamera :D !!!



Monday, February 25, 2013

Makanan Di Pulau Pinang

penang tourism | 9:14 AM | 1Comments |
Terdapat banyak pilihan makanan di negeri pulau pinang @ lebih dikenali sebagai Pulau Mutiara
antara yang paling Popular ialah Nasi Kandar, Laksa Penang, Pasembur & char koey teow.







Nasi kandar beratur yang selalu menjadi pilihan pelancong.



nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus  dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, berasal dari penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal hingga hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terungbendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir'  dan memberikan  rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil selalu digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.






laksa 


Laksa  merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.antara laksa yang paling popular di pulau pinang ialah laksa pokok janggus yang terletak di Balik pulau




.












Gerai pasembur yang banyak terdapat di sekitar pulau pinang



Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.
Secara tradisi, penjaja rojak mamak menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.
Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.



                                  

Restauran Sany char koay teow yang popular di Pulau Pinang


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow  leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sosciliudangkerangtelurtauge dan kucai Cina. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.terletak berdekatan dengan TOKONG ULAR yang  terletak di Sungai KluangBayan LepasPulau PinangMalaysia







Sunday, February 24, 2013

PANTAI BATU FERRINGHI

penang tourism | 10:58 PM | 0Comments |

PANTAI BATU FERRINGHI


Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.Pemandangannya juga amat menarik dan hampir sama dengan pantai yang terkenal di dunia iaitu Miami Beach.

Ferringhi View

Berehat sambil bermandikan sinaran matahari atau cuba aktiviti-aktiviti tepi pantai yang menyeronokkan seperti aktiviti luncur papan layar atau berkayak. Untuk pengalaman yang
 lebih menarik cuba la aktiviti para-sailing di tepi pantai dan nikmati pemandangan di sekeliling pantai dari udara.








































Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.






 Banyak Hotel bertaraf Mewah disediakan anratanya ialah Hotel Shangri-La's,Lone pine Hotel
 dan banyak lagi. Terdapat juga Hotel murah bagi yang ingin berjimat.                                                                           

Shangri-La's Hotel


Lone Pine Hotel














 Saksikan artis tempatan menunjukkan
 demonstrasi melukis batik dan kraftangan.
 Pasar malam yang juga digelar Ferringhi|Walk
 menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.
 barang-barang serta cenderahati yang dijual amatlah
 menarik serta sangat berpatutan.Rugi rasanya jika
 pergi Batu Feringgi tetapi tidak singgah ke Ferringhi walk.






 Restoran juga banyak terdapat di Ferringhi walk,
pelbagai jenis makanan menarik terutamanya
makanan laut. Jika pengunjung ingin merasai
makanan dari luar negara elok la berkunjung kesini,
kerana banyak restoran dari luar negara membuka cawangan mereka di sini.