PANTAI BATU FERRINGHI
Batu Ferringhi merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang terletak di sepanjang jalan pantai di barat-laut bandar Georgetown dan dipenuhi deretan hotel-hotel mewah bertaraf antarabangsa.Pemandangannya juga amat menarik dan hampir sama dengan pantai yang terkenal di dunia iaitu Miami Beach.
Apabila matahari terbenam, pantai Batu Ferringhi menjelma menjadi tempat yang sangat meriah dengan pasar malam yang diadakan di sepanjang jalanraya yang menjual segala-galanya dari barangan lama yang menarik hingga cenderamata yang cantik.
Banyak Hotel bertaraf Mewah disediakan anratanya ialah Hotel Shangri-La's,Lone pine Hotel
dan banyak lagi. Terdapat juga Hotel murah bagi yang ingin berjimat.
Shangri-La's Hotel |
Saksikan artis tempatan menunjukkan
demonstrasi melukis batik dan kraftangan.
Pasar malam yang juga digelar Ferringhi|Walk
menawarkan pelbagai jenis tarikan kepada pelawat.
barang-barang serta cenderahati yang dijual amatlah
menarik serta sangat berpatutan.Rugi rasanya jika
pergi Batu Feringgi tetapi tidak singgah ke Ferringhi walk.
Restoran juga banyak terdapat di Ferringhi walk,
pelbagai jenis makanan menarik terutamanya
makanan laut. Jika pengunjung ingin merasai
makanan dari luar negara elok la berkunjung kesini,
kerana banyak restoran dari luar negara membuka cawangan mereka di sini.
No comments:
Post a Comment